Bitget dan Saturnia Design akan menjadi Tuan Rumah Bitget Elite Day di Budapest, MenerokaI Masa Depan Blockchain dan Inovasi Berpusatkan Pengguna
BUDAPEST, Hungary, June 25, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka, bekerjasama dengan Saturnia Design, sebuah studio reka bentuk produk yang diiktiraf, untuk menganjurkan Bitget Elite Day—acara berimpak tinggi yang menghimpunkan suara-suara utama dari dunia blockchain dan kripto Eropah. Acara ini akan berlangsung di salah satu mercu tanda bersejarah paling ikonik di Budapest - Fisherman’s Bastion pada 27 Jun 2025.
Dalam suasana pasaran yang sedang berubah pesat, acara ini akan membincangkan satu persoalan berani dan sangat relevan: “Adakah kripto akan terus wujud dalam 10 tahun akan datang – dan mampukah blockchain bertahan tanpanya?” Acara ini bertujuan mencetuskan dialog bertaraf tinggi mengenai masa depan teknologi blockchain yang melangkaui sekadar carta harga—dengan meneliti bagaimana peraturan, inovasi dan reka bentuk produk boleh membentuk babak seterusnya dalam pergerakan Web3.
Panel tersebut, yang dikendalikan oleh Mike Vitez, Pengasas Bersama Saturnia Design, akan menampilkan tokoh-tokoh disegani dari arena blockchain Eropah, termasuk pakar dasar, pengasas, teknologis serta barisan kepimpinan Bitget sendiri. Kepelbagaian panel ini mencerminkan kematangan ekosistem blockchain Eropah yang semakin berkembang.Perbualan akan memberi tumpuan kepada nilai jangka panjang blockchain, bagaimana ia boleh berkembang melampui spekulasi dan apa yang perlu dilakukan oleh pembina untuk memastikan penerimaan yang berkekalan.
“Pengalaman pengguna adalah teras kepada penerimaan yang bermakna,” kata Vugar Usi Zade, Ketua Pegawai Operasi Bitget. “Bitget dibina untuk berkembang, tetapi juga direka agar difahami. Apabila kripto mencapai khalayak yang lebih luas, kejelasan dan kebolehgunaan menjadi semakin penting. Bitget Elite Day merupakan cara kami menyumbang kepada evolusi ini—menghimpunkan suara dan pemikiran yang membentuk landskap Web3 di Eropah,” tambahnya.
Kerjasama Bitget dengan Saturnia Design mencerminkan komitmen bersama terhadap inovasi yang berpusatkan manusia. Dikenali kerana kemahirannya menterjemah produk blockchain yang kompleks kepada antara muka yang intuitif dan mudah diakses, Saturnia telah menyokong lebih daripada 50 projek di seluruh dunia dan mempunyai kedudukan kukuh dalam ekosistem Web3 Hungary yang pesat berkembang.
“Masa depan kripto bergantung kepada kepercayaan dan kepercayaan bermula dengan kejelasan,” kata Mike Vitez, Pengasas Bersama Saturnia Design. “Dengan menganjurkan acara ini bersama Bitget, kami ingin membuka ruang bagi perbincangan yang berwawasan dan jujur—serta membantu membentuk industri di mana reka bentuk produk memainkan peranan utama dalam mencipta dan mengekalkan nilai,” tambah Vitez.
Bitget Elite Day mengukuhkan strategi jangka panjang Bitget untuk memperluaskan kehadirannya di seluruh Eropah—bukan sekadar melalui pertumbuhan, tetapi juga dengan pelaburan dalam dialog, komuniti dan kualiti produk. Acara ini dijangka menjadi detik penting yang menghimpunkan pemikiran produk, pandangan dasar dan pengalaman pengguna dalam satu ruang—di mana masa depan blockchain boleh dibincangkan mengikut terma sendiri. Ia merupakan peluang istimewa untuk berinteraksi dengan pemikir terkemuka dalam bidang kripto Eropah, dalam suasana bumbung yang elegan—di mana cerapan mendalam, perbualan yang berkualiti dan minuman percuma bergabung membentuk masa depan Web3.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi : media@bitget.com
Perihal Saturnia Design
Saturnia Design adalah sebuah studio reka bentuk bebas yang bekerjasama rapat dengan pasukan Web3 untuk membangunkan produk digital yang jelas, berfungsi dan penuh pertimbangan. Diasaskan oleh Reka Szijj dan Mike Vitez, studio ini telah membentuk lebih daripada 50 produk merentasi tiga benua, dengan penekanan kepada asas yang kukuh, keperluan pengguna sebenar dan kerjasama erat. Dalam dunia yang sering ditakrifkan oleh kepantasan dan kekaburan, Saturnia menawarkan struktur dan kejelasan—membantu para pengasas menterjemah kompleks kepada antara muka yang tampak ringkas dan semula jadi, walaupun sebenarnya rumit. Kerja mereka merangkumi pengesahan peringkat awal, reka bentuk UX/UI serta penambahbaikan produk secara berterusan dalam bidang DeFi, alatan kripto dan infrastruktur—bagi menyokong pasukan yang sedang membina fasa perkembangan seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, layari: Website | Twitter
Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami kemudahubahan harga. Hanya melabur jika anda sanggup menanggung kerugian. Nilai pelaburan anda mungkin terjejas dan berkemungkinan anda tidak mencapai matlamat kewangan anda atau mendapatkan semula pelaburan pokok anda. Anda seharusnya sentiasa mendapatkan nasihat kewangan yang bebas dan mempertimbangkan pengalaman kewangan dan kedudukan kewangan anda sendiri. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin anda alami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/44df31cf-8d08-446f-a2c3-3ae5c3b327bf

Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
